Skip to main content

Pada awal hari ini, Nintendo mengadakan acara Nintendo Direct yang mana mereka mengumumkan sebilangan permainan-permainan yang bakal tiba di konsol Switch.

Menariknya, sebahagian acara tersebut, Nintendo mengumumkan sebilangan permainan Final Fantasy bakal tiba di konsol Switch termasuklah permainan yang diumumkan oleh mereka sebelum ini.

Antaranya adalah permainan Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered yang diumumkan sebelum ini. Namun menurut Nintendo, permainan tersebut akan tiba pada tahun hadapan.

Selain itu, Final Fantasy XV Pocket Edition HD yang diumumkan sebelum ini juga kini tiba secara rasmi buat konsol Switch. Ianya kini boleh dibeli melalui Nintendo eShop dengan harga $39.99(~RM166).

Selain itu, Square-Enix juga membawa kembali permainan World Of Final Fantasy di konsol switch, iaitu World Of Final Fantasy Maxima.

Melaluinya, World Of Final Fantasy Maxima merupakan versi lengkap buat permainan asal World Of Final Fantasy yang dilancarkan di konsol Playstation 4, Playstation Vita dan PC sebelum ini. Versi ini juga akan menyertakan sebilangan kandungan baru seperti watak Champion baru seperti Noctis dan sebagainya.

Kini dengan versi Maxima ini, ianya bakal tiba secara global pada Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC pada 6 November ini. Menariknya, buat pengguna yang sudah pun mempunyai permainan asal World Of Final Fantasy, mereka berupaya untuk membeli pernambahan Maxima tersebut secara berasingan apabila ianya dilancarkan kelak.

Selain itu, Chocobo’s Mystery Dungeon juga kembali di konsol Playstation 4 dan Switch, iaitu Chocobo’s Mystery Dungeon: Every Buddy!.

Permainan ini merupakan versi pernaik-tarafan daripada Final Fantasy Fables” Chocobo’s Dungeon yang dilancarkan di Nintendo Wii pada 2007 lepas. Melalui versi ini, Square-Enix menyertakan sebilangan bentuk baru seperti keupayaan untuk berkawan dengan raksasa lain dan juga sokongan bermain secara koperasi multi-pemain dengan menggunakan alat kawalan JoyCon.

Menurut Square-Enix, permainan ini akan dilancarkan pada musim sejuk tahun ini iaitu antara Disember sehingga Mac tahun depan dimana ianya bukan sahaja tiba di konsol Switch, malah di konsol Playstation 4.

Selain itu, permainan Final Fantasy XII: The Zodiac Age juga akan dilancarkan di konsol Switch pada tahun hadapan.

Final Fantasy XII: The Zodiac Age merupakan permainan pernambah-baikkan buat permainan asal Final Fantasy XII yang dilancarkan di Playstation 2 pada 2006 lepas. Kini melalui versi ini, Square-Enix menyertakan sebilangan kandungan tambahan termasuklah sistem Zodiac yang baru.

Menariknya juga, Square-Enix juga menyatakan bahawa ianya juga bakal tiba di konsol Xbox One juga pada tahun hadapan.

Selain itu, Square-Enix juga akan membawa permainan Final Fantasy VII, Final Fantasy IX dan Final Fantasy X & X-2 HD Remaster di konsol Switch tahun hadapan.

Ketiga-tiga permainan tersebut merupakan permainan asal yang mana sebelum ini telahpun dilancarkna di konsol Playstation 4. Menariknya juga, Square-Enix juga menyatakan bahawa ketiga-tiga permainan tersebut juga bakal tiba di Xbox One.

Dengan pengumuman ini, tampaknya Square-Enix semakin mengembangkan perpustakaan permainan mereka di konsol-konsol lain selain konsol Playstation 4 dan mungkin juga pada masa akan datang, kita bakal melihat sebilangan permainan Final Fantasy baru bakal tiba secara esklusif di Switch.

Bagi anda yang berminat untuk membaca pengumuman lain sempena acara Nintendo Direct, anda boleh ke pautan dibawah.

Segala Pengumuman Semasa Nintendo Direct 13 September 2018

Leave a Reply