Informasi Permainan Video Terkini
Alat Kawalan Nintendo Entertainment System (NES) Buat Konsol Switch Diumumkan

Alat Kawalan Nintendo Entertainment System (NES) Buat Konsol Switch Diumumkan

Diterbitkan pada Sep 14, 2018 oleh .

Hari ini sempena acara langsung Nintendo Direct, Nintendo mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan alat kawalan khas Nintendo Entertainment System (NES) buat konsol Switch.

Melaluinya, alat kawalan tersebut berupaya untuk bemain permainan-permainan NES melalui fungsi Nintendo Switch Online yang akan dilancarkan 18 September ini.

 

Alat kawalan tersebut juga merupakan alat kawalan nirwayar dan hadir dengan dua set untuk pemain bermain secara multi-pemain.

Menariknya, alat kawalan tersebut juga boleh dicas dan melalui konsol Switch, dimana ianya boleh diletakkan di slot JoyCon yang terdapat di konsol tersebut.

Menurut Nintendo, alat kawalan tersebut akan dilancarkan pada Disember ini dan bagi anda yang berminat, ianya boleh mula dipra-tempah bermula 18 September ini.

Dengan harga $59.99(~RM249) ianya akan menyertakan dua alat kawalan NES khas dan ianya adalah terhad untuk satu akaun Nintendo yang melanggan Nintendo Switch Online sahaja dengan setiap pembelian set tersebut.


TIPS & ULASAN