Sebelum ini Sony mengadakan sesi beta tertutup buat sistem operasi 6.00 bagi konsol Playstation 4 dimana anda boleh mencubanya dahulu.
Terkini, Sony akhirnya melancarkan kemaskini sistem operasi tersebut secara terbuka untuk umum dimana anda boleh memuat-turunnya melalui kemaskini sistem operasi melalui Playstation 4.
Saiz buat sistem operasi tersebut hanyalah 400MB dimana melalui senarai kemaskini yang dikongsikan oleh Sony, kemaskini tersebut hanyalah membaiki dan menaik-taraf prestasi Playstation 4 sahaja.
Buat masa sekarang, Sony masih belum berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan kemaskini sistem tersebut, namun kami percaya mereka akan mengumumankannya dalam masa terdekat ini.