Sebelum ini, Nickelodeon mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan perlumbaan yang berdasarkan siri kartun dari Nickelodeon iaitu Nickelodeon Kart Racers pada Oktober ini. Kini, mereka akhirnya bekrongsi trailer pertama permainan tersebut.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini akan menyertakan 12 watak daripada siri kartun Nickelodeon seperti SpongeBob SquarePants, Teenage Mutant Ninja Turtles, Rugrats dan Hey Arnold!.
Permainan ini juga menyertakan mod multi-pemain dengan sokongan sehingga empat pemain dan pelbagai mod pertempuran lain dengan pelbagai cabaran. Selain itu, permainan ini juga akan mempunyai 24 jenis litar yang berbeza untuk pemain berlumba.
Nickelodeon Kart Racers akan dilancarkan pada 23 Oktober ini khas di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch.