Informasi Permainan Video Terkini
Demo Forza Horizon 4 Kini Boleh Dimuat-Turun Di Xbox One Dan PC
PC

Demo Forza Horizon 4 Kini Boleh Dimuat-Turun Di Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada Sep 13, 2018 oleh .

Forza Horizon 4 merupakan permainan perlumbaan yang dibangunkan oleh Playground Games yang diumumkan ketika E3 2018 lepas.

Kini, Microsoft akhirnya melancarkan demo buat permainan tersebut di PC dan juga Xbox One dimana anda boleh mencubanya sebelum membeli permainan tersebut.

Forza Horizon 4 merupakan permainan perlumbaan dunia terbuka yang memfokuskan bentuk permainan secara perkongsian alam. Sekaligus ia membenarkan bentuk permainan secara atas talian dengan bentk cuaca yang dinamik, termasuklah musim alam yang memberi kesan terhadap litar permainan tersebut.

Bagi anda yang ingin mencuba permainan tersebut, anda boleh memuat-turun demo permainan Forza Horizon 4 dibawah melalui PC atau Xbox One secara percuma. Melalui demo tersebut, pemain berupaya untuk mencuba sebahagian permainan tersebut.

Forza Horizon 4 bakal tiba pada 2 Oktober 2018 ini di konsol Xbox One dan PC. Menariknya, permainan ini juga akan ditawarkan melalui servis langganan Xbox Game Pass.

Muat-Turun: Demo Forza Horizon 4


TIPS & ULASAN