BlizzCon 2018 sekali lagi bakal berlangsung November ini di Amerika Syarikat dimana ianya merupakan acara tahunan bersama komuniti yang dilakukan oleh Blizzard setiap tahun.
Acara utama BlizzCon 2018 akan berlangsung dari 2 dan 3 November di Anaheim Convention Center di Amerika Syarikat. Namun, acara pembukaan BlizzCon akan bermula kejohanan e-sukan yang akan berlangsung 25 hingga 29 Oktober sebelum acara utama tersebut.
Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, tiket maya untuk acara tersebut sudah boleh mula dibeli dimana bukan sahaja ianya memberi akses kepada peminat untuk menonton acara tersebut secara langsung, malah Blizzard akan menyediakan pelbagai kandungan tambahan melalui permainan-permainan mereka.
Step out of the shadows with DEMON HUNTER SOMBRA!
Unlock this exclusive legendary skin by purchasing a BlizzCon Virtual Ticket.https://t.co/oYQr6bXQVY pic.twitter.com/c5Ggvyjf36
— Overwatch (@PlayOverwatch) September 12, 2018
Antara kandungan yang diumumkan oleh mereka adalah kostum khas Demon Hunter buat watak Sombra bagi permainan Overwatch yang pasti buat peminat ingin dapatkannya kerana ianya terhad khas ketika acara tersebut sahaja.
Selain itu, Blizzard juga akan menyertakan pelbagai kandungan lain seperti siri video BlizzCon berepisod dimana peminat boleh menontonnya melalui laman rasmi BlizzCon ataupun melalui aplikasi telefon pintar BlizzCon.
Blizzard juga menyatakan bahawa mereka akan menyertakan pelbagai lagi kandungan permainan keluaran mereka buat mereka yang membeli tiket maya tersebut bersama-sama dengan akses khas untuk siaran langsung acara BlizzCon 2018 pada November ini.
Bagi anda yang berminat untuk membeli tiket maya tersebut, ianya kini sudah mula melalui laman rasmi Blizzard dengan harga $49.99(~RM208). Bagi tiket acara BlizzCon 2018 tersendiri, dukacitanya ianya sudah habis dijual.
Jangan lepaskan anda untuk menyaksikan pelbagai acara termasuklah pengumuman terkini oleh Blizzard buat permainan-permainan mereka. Seperti biasa, kami juga akan mengemaskini setelah mereka mengumumkannya kelak.