Informasi Permainan Video Terkini
UNO Untuk Playstation 4 Kini Menyokong PlayLink

UNO Untuk Playstation 4 Kini Menyokong PlayLink

Diterbitkan pada Sep 13, 2018 oleh .

UNO merupakan permainan kad yang popular sebagai permainan sekeluarga. Selain kad secara fizikal, ia juga dikeluarkan sebagai permua dan juga permainan di konsol.

Menariknya minggu ini, Ubisoft mengumumkan UNO untuk Playstation 4 kini menyokong PlayLink. Dengan sokongan ini, pemain boleh bermain sehingga 4 orang dengan menggunakan peranti pintar sebagai alat kawalan.

Untuk mencubanya, pemain perlu membeli UNO untuk Playstation 4 yang berharga RM43 dan memuat turun aplikasi UNO Playlink ke peranti iOS dan Android.

Playstation Store: UNO

App Store: UNO PlayLink

Play Store: UNO PlayLink


TIPS & ULASAN