Informasi Permainan Video Terkini
THQ Nordic Masih Memerlukan Kebenaran EA Untuk Mengeluarkan Kembali Kingdoms of Amalur: Reckoning

THQ Nordic Masih Memerlukan Kebenaran EA Untuk Mengeluarkan Kembali Kingdoms of Amalur: Reckoning

Diterbitkan pada Sep 13, 2018 oleh .

Minggu lepas, kami melaporkan yang THQ Nordic telah memiliki IP permainan yang dibangunkan oleh 38 Studios termasuk Kingdoms of Amalur.

Ramai yang menjangkakan THQ Nordic akan mengeluarkan versi penambah-baikkan untuk Kingdom of Amalur: Reckoning. Namun, berdasarkan kenyataan THQ Nordic yang diterbitkan oleh Eurogamer, mereka mengatakan masih tidak pasti apa perkembangan seterusnya untuk siri permainan ini.

Mereka juga mengatakan yang EA masih memiliki hak untuk menerbitkan permainan Kingdoms of Amalur: Reckoning. Disebabkan itu, sebarang pengeluaran untuk permainan tersebut masih memerlukan kebenaran EA walaupun THQ Nordic kini memiliki IP tersebut.


TIPS & ULASAN