Alan Wake merupakan permainan aksi seram yang dibangunkan oleh Remedy Entertainment. Ia mendapat ulasan yang baik semasa dikeluarkan pada tahun 2010.
Permainan terakhir yang dikeluarkan untuk siri ini adalah Alan Wake’s American Nightmare yang dikeluarkan pada tahun 2012 lagi. Selepas itu tidak banyak perkembangan untuk siri ini.
Minggu ini berdasarkan laporan oleh Variety, siri ini akan diterbitkan sebagai siri TV aksi nyata. Peter Calloway yang menjadi penulis untuk siri TV seperti Cloack & Dagger serta Legion bakal menjadi penulis untuk siri ini.
Tambah laporan itu, Sam Lake iaitu penulis asal untuk siri permainan ini akan menjadi penerbit eksekutif. Calloway dan Lake akan mula mencari saluran TV pada Oktober ini.