Nintendo memperkenalkan fungsi rekod video secara terbina pada Oktober tahun lepas. Fortnite versi Switch sebelum ini menyokong fungsi tersebut dan sudah semestinya diguna oleh ramai pemain untuk merekod pelbagai kejadian yang menarik.
Namun, selepas kemaskini yang baharu untuk Fortnite, fungsi tersebut dibuang secara terus. Mengikut pengurus komuniti Epic Games, fungsi tersebut dibuang adalah disebabkan untuk meningkatkan kualiti prestasi permainan tersebut.
Tambah beliau, dengan membuang tersebut ia dapat mengurangkan masalah permainan terhenti secara tiba-tiba dan juga mengurangkan penggunaan RAM semasa bermain. Ini adalah satu berita yang agak mengecewakan akan tetapi jika ia dapat meningkatkan prestasi mungkin ia boleh dimaafkan.