Setiap Pemilik Nintendo Switch akan mempunyai dua akaun berbeza iaitu akaun profil dan akaun Nintendo. Akaun profil adalah khas untuk Switch itu sahaja, manakala akaun Nintendo adalah untuk mengakses kedai atas talian Nintendo iaitu eShop.

Setiap akaun Nintendo perlu disambungkan ke akaun profil di dalam Switch untuk memuat turun permainan yang dibeli secara digital. Pemain boleh menyambung dan nyah-sambung bila-bila masa sahaja.

Namun, selepas kemaskini 6.0.0 untuk Switch hadir pada 18 September ini, fungsi tersebut akan dibuang dan anda tidak lagi boleh nyah-sambung akaun Nintendo dari akaun profil yang telah disambung.

Ini kemungkinan disebabkan Nintendo Switch Online yang bakal hadir pada hari yang sama serta untuk menghalang penjualan permainan melalui pertukaran akaun Nintendo.

Sohor Kini