Nintendo hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat Nintendo Switch Online dimana mereka akan melancarkannya pada 18 September ini.

Nintendo Switch Online merupakan satu fungsi atas-talian khas buat konsol Switch dimana pemain perlu melanggannya untuk mengakses bentuk permainan multi-pemain atas talian dan juga menggunakan fungsi penyimpanan fail simpanan permainan secara atas talian.

Menariknya juga, sempena pelancaran fungsi langganan tersebut, Nintendo juga akan meyediakan sesi percubaan selama 7 hari dimana pemain boleh mencuba fungsi tersebut secara percuma dalam masa seminggu sebelum membeli.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum, harga langganan Nintendo Switch Online bermula $3.99(~RM16) untuk sebulan sehinggalah $19.99(~RM78) untuk 12 bulan.

Selain itu, Nintendo juga akan mengadakan acara Nintendo Direct khas pada 14 September jam 6 pagi (waktu Malaysia) dimana mereka akan berkongsi informasi lanjut berkenaan Nintendo Switch Online. Acara Nintendo Direct ini juga merupakan acara yang dirancang untuk ditayangkan minggu lepas, namun ditunda akibat bencana alam di Jepun baru-baru ini.

Seperti biasa, kami akan kongsikan kesemua pengumuman Nintendo setelah selesai Nintendo Direct tersebut.

Sohor Kini