Informasi Permainan Video Terkini
Episod Pertama Siri Web Mobile Legends “Mata Kerbau” Kini Boleh Ditonton Di Youtube

Episod Pertama Siri Web Mobile Legends “Mata Kerbau” Kini Boleh Ditonton Di Youtube

Diterbitkan pada Sep 12, 2018 oleh .

Sebelum ini kami berkongsi yang mana eGG Network akan mula menayangkan siri web Mobile Legends “Mata Kerbausetiap minggu dan kini, episod pertama bertajuk “Kerbau” sudah boleh ditonton melalui Youtube secara percuma.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, siri web ini dinamakan “Mata Kerbau” – dan membawakan jalan cerita mengisahkan sekumpulan rakan-rakan sekelas yang secara tidak sengaja mengambil keputusan untuk menubuhkan pasukan Mobile Legends dan menyertai MPL Season 2.

Melalui episod pertama, siri web ini akan memfokuskan pengenalan watak-watak utama siri tersebut. Bagi anda yang berminat untuk menontonnya, anda boleh tonton di video dibawah melalui saluran Youtube rasmi eGG Network.


TIPS & ULASAN