Skip to main content

Sebelum ini kami kongsikan yang mana Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan pernambah-baikkan buat The Last Remnant Remastered buat pasaran Jepun pada 6 Disember ini.

Terkini, Square-Enix menyatakan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan secara global juga pada tarikh yang sama iaitu 6 Disember di konsol Playstation 4.

The Last Remnant asalnya dilancarkan pada 2008 lepas di konsol Xbox 360 dan PC merupakan permainan yang sangat mendapat sambutan ramai terutamanya bentuk permainan dan penceritaannya yang menarik.

Kini melalui permainan pernambah-baikkan The Last Remnant Remastered, Square-Enix menaik-taraf permainan tersebut dengan visual grafik yang lebih tinggi dimana ianya menggunakan enjin permainan baru, iaitu Unreal Engine 4, sekaligus akan memberi kualiti yang lebih terperinci.

Buat masa sekarang, ianya hanya diumumkan bakal tiba di konsol Playstation 4 sahaja dan ianya akan dijual dengan harga $19.99(~RM83).

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk bermain permainan ini ataupun ingin bermain dan mengembara semula bersama Rush Sykes, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan The Last Remnant Remastered bermula Disember ini.

Leave a Reply