Informasi Permainan Video Terkini
Crash Bandicoot Racing Tersenarai Di Dalam Kaji Selidik Permainan The Last Of Us Part II Oleh Playstation Asia

Crash Bandicoot Racing Tersenarai Di Dalam Kaji Selidik Permainan The Last Of Us Part II Oleh Playstation Asia

Diterbitkan pada Sep 12, 2018 oleh .

Bagi anda yang baru sahaja menyemak emel anda, anda mungkin ternampak satu kaji selidik oleh Playstation Asia yang mana mereka menyenaraikan sebilangan soalan berkenaan permainan The Last Of Us Part II.

Namun, selain daripada menyenaraikan soalan-soalan berkenaan permainan tersebut, Playstation Asia juga bertanya sebilangan solaan berkenaan konsol yang anda miliki dan juga permainan-permainan yang dimainkan oleh pemain.

Walaupun begitu, salah satu permainan yang menarik perhatian kami adalah Crash Bandicoot Racing dimana ianya tersenarai di dalam senarai permainan tersebut. Sememangnya ianya bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan permainan Crash Team Racing sebelum ini pernah dilancarkan di Playstation 1 beberapa tahun lepas.

Namun, apa yang menarik perhatian kami adalah permainan tersebut disenaraikan bersama-sama permainan generasi kini seperti God Of War, The Evil Within 2 dan juga siri Uncharted.

Akan tetapi, ini juga tidak bermakna bahawa mereka akan membawa permainan baru ataupun permainan pernambah-baikkan seperti Crash Bandicoot N.Sane Trilogy buat permainan Crash Team Racing. Ianya juga mungkin hanyalah satu kebetulan. Tetapi dengan menyenarai di dalam senarai permainan terkini, membuat kami tertarik dengan apa yang mereka cuba sampaikan.

Bagi anda yang ingin membuat kaji selidik tersebut, anda boleh menyemak emel anda untuk mendapatkan pautan ke laman rasmi Playstation dan melakukan kaji selidik berkenaan permainan The Last Of Us Part II.

Bagaimana pula dengan pendapat anda, adakah anda berminat untuk pihak Sony dan Activision untuk melancarkan semula Crash Team Racing?


TIPS & ULASAN