Team Cherry hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Hollow Knight di konsol Playstation 4 dan Xbox One pada 25 September ini secara digital. Bagi edisi fizikal, Team Cherry menyatakan bahawa ianya bakal tiba pada awal tahun hadapan.

Melalui versi konsol tersebut, mereka akan melancarkan Hollow Knight; Voidheart Edition yang mana ia akan menyertakan empat kandungan tambahan iaitu That’s Hidden Dereams, The Grimm Troupe, Lifeblood dan Godmaster.

Hollow Knight asalnya dilancarkan di Switch dan PC yang mana ia merupakan permainan aksi pengembaraan side scroller yang mendapat sambutan ramai dengan bentuk permainannya yang sukar. Ia juga dijual dengan baik sekali di PC dan juga Switch dengan melebihi 1 juta salinan.

Bagi anda yang meminat permainan sukar seperti ini, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya bermula 25 September ini.

Sohor Kini