Skip to main content

Square-Enix hari ini mengumumkan watak DLC seterusnya buat permainan Dissidia: Final Fantasy NT iaitu Kam’lanaut daripada Final Fantasy XI akan tiba Oktober ini. Bagi versi arked, watak tersebut akan mendapat kemaskini pada 19 September kelak.

Kam’lanaut merupakan salah satu putera buat kaum Zilart di dalam permainan asal Final Fantasy XI, dimana pemain berpeluang untuk bertempur beliau mengikut misi yang dilakukan.

Melalui versi Dissidia: Final Fantasy NT, Kam’lanaut merupakan wira buat Spiritus dan berkelas “Specialist”. Melaluinya, beliau mempunyai pelbagai serangan ikonik beliau dari siri asal permainan tersebut termasuklah senjata pedang berelemen beliau.

Dissidia: Final Fantasy NT merupakan permainan eksklusif untuk Playstation 4 dan dikeluarkan untuk pasaran global pada Januari lepas. Asalnya ia merupakan permainan arked yang hanya dilancarkan buat pasaran Jepun. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh permainan tersebut, Anda boleh membacanya di bawah.

Ulasan Dissidia Final Fantasy NT – Permainan Perlawanan Yang Huru-Hara

Leave a Reply