Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Mobile Menambah Peta Permainan “Sanhok” Pada Minggu Ini

PUBG Mobile Menambah Peta Permainan “Sanhok” Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Sep 11, 2018 oleh .

PUBG Mobile merupakan salah satu permua tembak-menembak berbentuk Battle Royale yang popular, dan mempunyai angka pemain yang tinggi. Terkini, pada minggu ini, kemaskini PUBG Mobile 0.8.0 telah mula ditawarkan untuk Android dan iOS, dimana melaluinya ia menawarkan salah satu perkara yang dinantikan ramai – iaitu peta permainan baru.

PUBG Mobile Sanhok

Sanhok membawakan rekaan peta 4×4 – dimana ia bersaiz sedikit kecil, sekaligus memberikan lebih cabaran kepada pengguna. Peta permainan ini boleh dimuat-turun secara berasingan dalam permua PUBG Mobile bermula esok.

Bersama-sama dengannya, ia turut menawarkan sejumlah senjata dan kenderaan baru. Pada masa yang sama, pembangun PUBG Mobile turut menyertakan beberapa sokongan baru untuk mengatasi penipuan dalam permainan.

Bagi anda yang memainkan PUBG Mobile, boleh mengemaskini permainan anda hari ini, dan memainkan peta baru ini bermula 12 September ini.


TIPS & ULASAN