Informasi Permainan Video Terkini
Tales Of Vesperia: Definitive Edition Bakal Tiba Januari 2019 – Menyertakan Bekas Besi Permainan Khas

Tales Of Vesperia: Definitive Edition Bakal Tiba Januari 2019 – Menyertakan Bekas Besi Permainan Khas

Diterbitkan pada Sep 11, 2018 oleh .

E3 lepas, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Tales Of Vesperia: Definitive Edition iaitu permainan pernambah-baikkan berdasarkan permainan Tales Of Vesperia yang dilancarkan 2008 lepas.

Kini tarikh pelancaran permainan tersebut akhirnya diumumkan yang mana ia bakal tiba pada 11 Januari 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan jgua PC.

Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan berkas khas sempena ulang tahun permainan tersebut yang mana ia akan menyertakan bekas besi khas rekaan permainan tersebut. Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan di kedai atas-talian rasmi Bandai Namco.

Tales Of Vesperia asalnya dilancarkan pada 2008 lepas di Xbox 360 dan versi Playstation 3 dilancarkan pada 2009 namun buat pasaran Jepun sahaja. Kini setelah hampir 10 tahun, permainan tersebut bakal kembali dengan pelbagai pernambahan yang disertakan sebelum ini secara global.


TIPS & ULASAN