Skip to main content

Sebelum ini, Square-Enix menghentikan jualan The Last Remnant di Steam sekaligus tidak memberi sebarang pilihan buat pemain untuk mendapatkan semula permainan tersebut.

Namun terkini, nampaknya tujuan utama hentian jualan tersebut terjawab dimana Square-Enix hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan pernambah-baikkan The Last Remnant Remastered di konsol Playstation 4.

Buat masa sekarang, permainan tersebut hanya akan tiba di Playstation 4 sahaja dan ianya merupakan kali pertama permainan tersebut tiba di konsol Playstation memandangkan permainan asalnya adalah permainan esklusif di Xbox 360 dan PC.

Menariknya, berdasarkan laporan Gematsu, permainan pernambah-baikkan ini juga ditingkatkan dengan enjin permainan baru dan semestinya mempunyai visual grafik yang lebih tinggi.

Square-Enix menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan informasi lanjut berkenaannya menjelang Tokyo Game Show kelak. Buat masa ini, bagi pasaran Jepun, ianya akan dilancarkan pada 6 Disember ini. Manakala versi global, Square-Enix masih belum mengumumkannya.

Leave a Reply