Déraciné iaitu permainan realiti-maya yang dibangunkan oleh From Software yang diumumkan ketika E3 lepas kini akhirnya mendapat tarikh pelancarannya dimana ianya bakal tiba pada 6 November ini esklusif di Playstation VR.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Déraciné adalah permainan pengembaraan yang memfokuskan penceritaan sebuah sekolah berasrama terbiar dimana enam kanak-kanak menghabiskan masa mereka disitu. Permainan ini juga menggunakan konsep masa dimana ia sentiasa berubah dan akan membawa anda ke masa lampau sepanjang penceritaan permainan tersebut.
Pemain juga akan mengembara dan menyelesaikan pelbagai misteri yang terdapat di dalam permainan tersebut.
Bagi anda yang berminat dengan permainan bentuk pengembaraan terutamanya bentuk realiti-maya, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini pada November kelak.