Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mempertontonkan Bentuk Realiti-Maya Buat Ace Combat 7: Skies Unknown
PC

Bandai Namco Mempertontonkan Bentuk Realiti-Maya Buat Ace Combat 7: Skies Unknown

Diterbitkan pada Sep 10, 2018 oleh .

Ketika persidangan Playstation di Jepun hari ini, Bandai Namco mengambil peluang untuk berkongsi trailer terbaru buat permainan simulasi jet pejuang, iaitu Ace Combat 7: Skies Unknown yang memfokuskan bentuk permainan realiti-maya iaitu mod esklusif yang dibangunkan khas buat Playstation VR.

Melalui trailer tersebut, Bandai Namco memaparkan sebilangan bentuk permainan termasuklah keadaan mengendali jet pejuang tersebut ketika berada di dalam kokpit.

Menariknya juga, pemain juga berupaya untuk melihat keadaan sekeliling ketika jet pejuang tersebut berlepas dan mendarat, sekaligus ianya pasti menghasilkan satu pengalaman simulasi jet pejuang yang menarik buat pengguna Playstation VR.

Ace Combat 7: Skies Unknown akan dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One pada 18 Januari 2019 ini. Manakala versi PC, ianya bakal tiba pada 1 Februari 2019. Bagi mod realiti-maya, ianya hanya esklusif buat Playstation VR dan ianya akan tiba secara bersama buat versi Playstation 4.


TIPS & ULASAN