Iggymob dan RED Entertainment hari ini mengumumkan permainan terbaru buat siri Gungrave iaitu Gungrave G.O.R.E. dimana ianya bakal dilancarkan tahun hadapan di Playstation 4. Pengumuman tersebut dilakukan ketika acara persidangan Playstation yang berlangsung hari ini di Jepun.

Tidak banyak yang dikongsikan berkenaannya selain video acah diatas dimana pemain tampaknya pemain sekali lagi akan mengembara dengan Gungrave bersama-sama senjata ikonik beliau iaitu Cerberus dan Coffin.

Kali ini juga, watak Gungrave tersebut mempunyai visual grafik yang lebih terperinci dengan rekaan senjata yang lebih menarik. Seperti biasa, jika terdapat sebarang pengumuman oleh mereka, kami akan kongsikannya pada masa akan datang.

Sebelum ini IggyMob juga melancarkan permainan pernambah-baikkan buat Gungrave dalam bentuk realiti-maya dimana ianya kini boleh didapatkan melalui PSN Store.

Sohor Kini