Left Alive, iaitu permainan yang diumumkan tahun lepas oleh Square-Enix kini akhirnya mendapat trailer terbaru dimana mereka berkongsi sebilangan adegan permainan tersebut bersama-sama tarikh pelancarannya.

Namun, tarikh yang dikongsikan iaitu 28 Februari 2019 merupakan pelancaran bagi pasaran Jepun. Bagi versi global pula, ianya dirancang untuk dilancarkan tahun hadapan.

Left Alive merupakan permainan aksi tembak menembak robot yang diletakkan di dalam dunia Front Mission. Ianya bertempatkan di tahun 2127 dimana di kawasan fiksyen Novo Slava.

Ianya merupakan satu permainan yang memfokuskan peperangan robot dan bentuk pertahanan diri. Permainan ini juga mempunyai penceritaan antara tiga watak protagonis dan jalan perjalanan permainan adalah bergantung kepada pilihan pemain. Dari segi informasi lanjut yang lain, pihak Square-Enix masih belum berkongsi sebarang pengumuman.

Permainan ini dirancang untuk dilancarkan di Playstation 4 dan juga di PC pada tahun hadapan.

Sohor Kini