Bagi anda yang meminati permainan perlawanan Samurai Shodown (Dikenali sebagai Samurai Spirits buat pasaran Jepun) SNK hari ini mengumumkan permainan baru buat siri tersebut yang mana ianya bakal tiba di Playstation 4 tahun hadapan.

Tak banyak yang dikongsikan ketika pengumuman ini, namun berdasarkan video acah yang dipertontonkan, tampaknya Samurai Shodown bakal kembali sebagai bentuk permainan perlawanan secara dua dimensi dan visual grafik 3D yang sangat menarik.

Video acah tersebut juga memperlihatkan sebilangan watak-watak asal siri Samurai Shodown bakal kembali ke permainan terbaru ini iaitu Haohmaru, Nakoruru dan lain-lain watak lagi yang pasti membuat peminat asal siri permainan tersebut menyukainya.

Kami akan kemaskini sebarang pengumuman tambahan apabila SNK mengumumkannya kelak.

Sohor Kini