Informasi Permainan Video Terkini
Dead Or Alive 6 Bakal Dilancarkan Pada Februari 2019
PC

Dead Or Alive 6 Bakal Dilancarkan Pada Februari 2019

Diterbitkan pada Sep 10, 2018 oleh .

Ketika acara persidangan Playstation di Jepun hari ini, Koei Tecmo juga tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan tarikh pelancaran permainan Dead Or Alive 6 iaitu pada 15 Februari 2019.

Melaluinya, mereka memperlihatkan trailer terbaru buat permainan tersebut yang mana ia memaparkan sebilangan adegan dan bentuk perlawanan yang bakal tiba bersama-sama dengan watak-watak baru dan juga watak lama buat permanain tersebut.

Dead Or Alive 6 merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan bentuk pertempuran secara 3 dimensi seperti Tekken. Ianya dibangunkan oleh Team Ninja dan dilancarkan oleh Koei Tecmo khas di Playstation 4, Xbox One dan PC yang mana ia akan tiba pada Februari tahun hadapan.


TIPS & ULASAN