Sony Interactive Entertainment baru sahaja mengadakan acara khas yang mana mereke mempertontonkan sebilangan permainan yang bakal mereka tayangkan ketika di Tokyo Game Show 2018 kelak. Antaranya adalah Project Awakening yang dibangunkan oleh CyGames.
CyGames iaitu salah satu pembangun yang terlibat dengan pembangunan permainan pernambah-baikkan Zone Of The Enders baru-baru ini kini mengumumkan permainan terbaru oleh mereka yang dipanggil Project Awakening.
Buat masa ini, tidak banyak informasi lanjut berkenaannya di kongsikan. Namun, berdasarkan trailer yang dipertontonkan, ianya kelihatan seperti satu permainan aksi RPG dimana bentuk pertempuran memainkan peranan penting buat pemain.
Walau bagaimana pun, kami akan kongsikan informasi lanjut berkenaannya setelah pihak CyGames mengumumkannya kelak.