Sebelum ini, kami melaporkan bahawa permainan Final Fantasy XV oleh Square-Enix telah mencapai jualan sebanyak 7.7 juta salinan.
Terkini, melalui laporan DSOGaming, permainan tersebut mempunyai peningkatan hasil jualan sebanyak 400,000 salinan dan mencapai hasil jualan sebanyak 8.1 juta salinan seluruh dunia.
Menurut laporan, jumlah tersebut merupakan hasil buat kedua-dua hasil jualan secara fizikal dan juga digital buat kesemua platform termasuklah PC. Ini sememangnya satu jumlah yang agak besar untuk sesuatu permainan yang dilancarkan oleh syarikat Jepun secara global. Tampaknya sasaran Square-Enix untuk hasil jualan 10 juta salinan buat permainan tersebut semakin hampir oleh mereka.
Final Fantasy XV merupakan permainan JRPG yang dilancarkan dan dibangunkan oleh Square-Enix pada 2016 lepas. Sejak pelancaran, ia menerima pelbagai kemaskini seperti Final Fantasy XV: Royal Edition dan versi PC yang dijual melalui Steam.
Menariknya juga, sebelum ini Square-Enix juga menyatakan bahawa mereka akan masih lagi menyertakan pelbagai kandungan tambahan buat permainan tersebut seperti DLC penceritaan baru yang memfokuskan watak-watak lain.
Square-Enix juga baru-baru ini mengumumkan versi Final Fantasy XV: Pocket Edition HD kini dilancarkan di konsol, iaitu versi ringkas yang mana sebelum ini dilancarkan di peranti telefon pintar.