Skip to main content

Focus Home Interactive minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan DLC terbaru buat permainan The Surge, iaitu The Good, The Bad And The Augmented. Menurut mereka, DLC ini akan dilancarkan pada Oktober ini.

Melalui DLC ini, pemain berupaya untuk bertempur dengan seorang saintis gila, Dr. Rischboter dimana beliau mempunyai sebilangan bentuk senjata dan kelengkapan baru. Pemain berpeluang untuk mendapatkan sebilangan kandungan baru jika mereka melengkapkan DLC ini.

Menariknya, DLC ini juga di inspirasikan berdasarkan rekaan koboi barat yang pasti membuat peminat koboi diluar sana berminat untuk mendapatkannya.

Menurut Focus Home Interactive, DLC ini akan dilancarkan pada 2 Oktober ini buat pemain di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

The Surge merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Deck13 Interactive dan dilancarkan oleh Focus Home Interactive. Ianya telahpun dilancarkan di PC, Playstation 4 dan Xbox One.

Leave a Reply