Sempena acara Tokyo Game Show 2018 yang bakal berlangsung bulan ini, Sony akan mengadakan acara langsung Playstation Line Up Tour yang mana mereka akan mempertayangkan sebilangan pengumuman permainan baru.

Menurut laporan, acara tersebut akan ditayangkan selama satu jam bermula jam 5:30 petang (waktu Malaysia) pada hari ini. Bagi anda yang berminat untuk menontonnya, pautan Youtube acara tersebut kini boleh ditonton di bawah.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang pengumuman oleh Sony Interactive Entertainment apabila tayangan acara tersebut dikongsikan.

Sohor Kini