Skip to main content

Sebelum ini kami berkongsi yang mana demo buat permainan Mega Man 11 boleh dimuat-turun untuk pemain Switch. Kini Capcom akhirnya melancarkan demo tersebut buat konsol Playstation 4 dan juga Xbox ONe.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, demo tersebut memberi peluang kepada pemain untuk bertempur dan mengalahkan peringkat Block Man dengan tiga jenis tahap kesukaran buat pemain lama dan juga pemain baru.

Capcom juga mengadakan acara khas komuniti sempena demo tersebut dimana pemain berpeluang untuk menyertai dengan mengalahkan Block Man tersebut. Informasi lanjut anda boleh ke pautan yang dikongsikan oleh kami sebelum ini.

Selain itu, melalui video di atas, Capcom juga berkongsi sebilangan ketua-ketua musuh yang bakal tiba buat permainan tersebut. Antaranya adalah Bounce Man, Impact Man, Torch Man, Block Man, Blast Man dan Fuse Man. Capcom juga memperlihat bentuk cabaran baru buat pemain yang mana pasti membuat pemain veteran Mega Man akan menyukai fungsi terbaru tersebut.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi pandang pertama kami berkenaan permainan ini dan bagi anda yang berminat, anda boleh membacanya di pautan dibawah.

Mega Man 11 akan dilancarkan pada 3 Oktober ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga di PC. Bagi demo permainan, ianya kini boleh dimuat-turun melalui pautan dibawah.

[download] Muat-Turun Switch : Demo Mega Man 11 [/download] [download] Muat-Turun Playstation 4 : Demo Mega Man 11 [/download] [download] Muat-Turun Xbox One : Demo Mega Man 11 [/download]

Leave a Reply