Humble Bundle merupakan salah satu platform yang menawarkan permainan video dan kandungan digital pada harga didiskaunkan – sekaligus membolehkan ramai mendapatkan permainan kegemaran mereka tanpa mengeluarkan wang yang banyak. Malah, mereka turut mempunyai perkhidmatan langganan berbentuk bulanan dengan permainan eksklusif dinamakan Humble Monthly.
Menariknya, untuk bulan ini, Humble Monthly hadir dengan penawaran beberapa permainan menarik melalui perkhidmatan langganan mereka – termasuk permainan popular Overwatch.
Bagi anda yang berminat, anda boleh melanggan Humble Monthly dan mendapatkan permainan Overwatch terus hari ini pada harga langganan $12 (iaitu sekitar RM50) berbanding harga jualan permainan yang jauh lebih tinggi.
Selain Overwatch, pengguna juga turut akan menerima permainan tambahan lain dalam minggu-minggu akan datang. Pihak Humble juga turut menjanjikan loot tambahan untuk Overwatch sekiranya anda kekal melanggan perkhidmatan Humble Monthly untuk November dan juga Disember.
[download]Beli : Humble Monhtly October 2018[/download]