Informasi Permainan Video Terkini
“Mata Kerbau” – Siri Web Berkaitan Mobile Legends, Akan Ditayangkan Mulai 10 September

“Mata Kerbau” – Siri Web Berkaitan Mobile Legends, Akan Ditayangkan Mulai 10 September

Diterbitkan pada Sep 7, 2018 oleh .

Astro melalui rangkaian eGG Network telah mengumumkan sebelum ini yang mana mereka akan hadir dengan siri web khusus memfokuskan kepada Mobile Legends. Kini, lanjutan daripadanya, hari ini eGG Network mengumumkan yang mana siri web berkenaan akan mula ditayangkan bermula 10 September kelak.

Mata Kerbau

Siri web ini dinamakan “Mata Kerbau” – dan membawakan jalan cerita mengisahkan sekumpulan rakan-rakan sekelas yang secara tidak sengaja mengambil keputusan untuk menubuhkan pasukan Mobile Legends dan menyertai MPL Season 2.

Siri web ini akan ditayangkan melalui laman Facebook eGG bermula 10 September ini. Setiap episod dijangka membawakan masa tayangan sekitar 10 minit lamanya.


TIPS & ULASAN