Skip to main content

H1Z1 merupakan salah satu permainan asal pertempuran royale, dan turut menjadi inspirasi untuk pelbagai permainan dibawah genre pertempuran royale hari ini. Selepas dikeluarkan secara penuh di PC pada Mac lepas, ia turut dikeluarkan untuk PS4 pada bulan Mei lepas.

Permainan ini telah mendapat sambutan yang baik di kedua-kedua platform dan mereka baru-baru ini mencapai 12 juta pemain di PS4. Bagaikan mengikut jejak PUBG dan Fortnite, H1Z1 juga akan dikeluarkan untuk peranti pintar.

Berdasarkan laporan Business Wire, NantWorks telah membuat pelaburan ke pada Daybreak Game Company iaitu pembangun H1Z1. Melalui pelaburan ini, mereka akan bekerjasama untuk membangunkan H1Z1 bagi versi permua yang akan dipanggil Z1.

Selain H1Z1, kerjasama ini juga akan menyertakan EverQuest iaitu permainan MMO oleh mereka. Buat masa ini tiada pengumuman lanjut dari Daybreak dan tiada tarikh jangkaan permua ini akan dikeluarkan.

Leave a Reply