Informasi Permainan Video Terkini
CyGames Berminat Untuk Menghasilkan Zone Of The Enders Baru
PC

CyGames Berminat Untuk Menghasilkan Zone Of The Enders Baru

Diterbitkan pada Sep 7, 2018 oleh .

CyGames, iaitu salah satu pembangun untuk permainan pernambah-baikkan Zone of the Enders: The 2nd Runner M∀RS yang baru sahaja dilancarkan minggu ini, menyatakan bahawa mereka berminat untuk menghasilkan permainan terbaru buat siri Zone Of The Enders.

Melalui laporan Gematsu, pengurus projek CyGames, Kenichi Kondo, jurutera permainan Akira Horibata dan penerbit Konami, Noriaki Okamura ditemu bual melalui Dengeki Online dan memberi sedikit kenyataan.

Melalui temu bual tersebut, mereka menyata bahawa mereka sememangnya berminat untuk menghasilkan permainan seterusnya termasuklah sekuel kepada siri tersebut. Namun, ini juga bergantung jika permainan pernambah-baikkan tersebut dijual dan mendapat sambutan yang baik di kalangan peminat.

Mereka juga menyatakan bahawa mereka berminat untuk membangunkannya secara realiti-maya. Namun menurut Kenichi Kondo, mereka akan menitik beratkan bentuk permainan dan jika bentuk realiti-maya akan mengganggu bentuk pertempuran permainan, mereka mungkin tidak akan menyertakan fungsi tersebut.

Kenichi Kondo juga menyatakan beliau sememangnya ingin membawa siri seterusnya buat Zone Of The Enders dan jika ia berlaku, beliau ingin menghasilkan sesuatu yang pasti akan menarik minat keseluruh peminat. Mereka juga menyatakan seluruh pasukan pembangun mereka juga merupakan peminat asal buat siri tersebut.

Sememangnya ini satu berita yang sangat menarik buat peminat siri Zone Of The Enders diluar sana. Walaupun Hideo Kojima, iaitu pereka dan penerbit asal permainan tersebut tidak terlibat, kami percaya pasukan-pasukan pembangun asal di Konami dan CyGames pasti akan menghasilkan sesuatu yang menarik.

Zone of the Enders: The 2nd Runner M∀RS adalah permainan aksi pengembaraan yang dipernambah-baikkan daripada permainan asalnya di konsol Playstation 2 pada 2003 lepas. Kini ia kembali dengan pelbagai pernaik-tarafan dari segi visual dan ianya telahpun dilancarkan di Playstation 4 dan PC dengan harga RM99.

Konami juga sebelum ini melancarkan demo permainan tersebut untuk anda mencuba sebelum membelinya.


TIPS & ULASAN