Permainan Monopoly merupakan permainan yang tidak asing lagi bagi kita. Permainan ini dikatakan boleh menjadikan rakan bergaduh, keluarga berbalah dan persahabatan berakhir.
Jika Monopoly biasa tidak cukup menarik bagi anda, kini Hasbro dengan kerjasama bersama Epic Games mengumumkan Monopoly versi Fortnite. Melalui kuciran di Twitter, pengarah kreatif Epic Games Donald Mustard, mengumumkan Monopoly Fortnite akan dikeluarkan pada 1 Oktober 2018.
Thrilled to show you the final art and game board for Fortnite Monopoly! It’s so so fun and such a unique spin on the classic game mashed up with last player standing Fortnite. In stores Oct 1st!!! pic.twitter.com/aNqJmvfpb2
— Donald Mustard (@DonaldMustard) September 6, 2018
Menariknya, ia bukanlah sekadar menukar dari segi rekaan tetapi juga bentuk permainan. Di dalam versi ini, duit digantikan dengan nyawa serta terdapat pelbagai senjata dari permainan yang mempunyai kebolehan tertentu.
Buat masa ini kami tidak pasti jika ia akan dibawa ke pasaran Malaysia tetapi sudah semestinya kami berminat untuk mencubanya.