Informasi Permainan Video Terkini
FIFA 18 Telah Terjual Sebanyak 24 Juta Unit

FIFA 18 Telah Terjual Sebanyak 24 Juta Unit

Diterbitkan pada Sep 7, 2018 oleh .

EA minggu ini mengumumkan yang permainan simulasi bola sepak mereka FIFA 18 kini telah terjual sebanyak 24 juta unit sejak dikeluarkan setahun yang dahulu.

Mereka juga mengumumkan yang FIFA Mobile telah dimuat turun sebanyak 193 juta kali manakala FIFA Online 3 & 4 yang hanya terdapat di pasaran Asia telah mendapat 115 juta pemain berdaftar.

Permainan terbaru untuk siri FIFA iaitu FIFA 19 akan dikeluarkan pada 28 September ini untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN