Informasi Permainan Video Terkini
Final Fantasy XV Pocket Edition HD Kini Tiba Untuk Xbox One dan PlayStation 4 – Switch Akan Datang

Final Fantasy XV Pocket Edition HD Kini Tiba Untuk Xbox One dan PlayStation 4 – Switch Akan Datang

Diterbitkan pada Sep 7, 2018 oleh .

Final Fantasy XV: Pocket Edition mengandungi segala watak dan cerita asal dari permainan Final Fantasy XV tetapi mempunyai grafik yang lebih mesra untuk peranti berkuasa rendah seperti peranti pintar.

Ia sudah dikeluarkan sebagai permua dan juga untuk PC. Seperti tertiris beberapa hari lepas, akhirnya Final Fantasy XV Pocket Edition HD kini tiba untuk Xbox One dan PlayStation 4. Versi Switch turut diumumkan, akan tetapi tarikh pengeluaran akan diumumkan kemudian.

Bagi kami Final Fantasy XV versi ini hanya bersesuaian untuk Switch yang berkuasa rendah selain mempunyai keunikan boleh dimainkan secara mudah alih. Namun, kami tidak pasti mengapa perlu mendapatkan versi ini untuk Xbox One dan PlayStation sedangkan versi penuh juga boleh didapati.


TIPS & ULASAN