THQ Nordic Kini Memiliki IP Kingdoms of Amalur

Kingdoms of Amalur: Reckoning merupakan permainan aksi-RPG dunia terbuka yang dibangunkan oleh 38 Studios bersama Big Huge Games diterbitkan oleh EA pada tahun 2012 untuk PS3, Xbox 360 dan PC. Walaupun menerima ulasan yang positif, ia tidak terjual dengan baik dan menyebabkan 38 Studios terpaksa menutup syarikat mereka.

Melalui kuciran di akaun Twitter THQ Nordic, mereka mengumumkan IP permainan dari 38 Studios iaitu Kingdoms of Amalur dan juga Project Copernicus (tidak dikeluarkan) kini dimiliki oleh mereka.

Pengumuman ini memfokuskan kepada Kingdoms of Amalur dan semestinya kita boleh menjangkakan THQ Nordic bakal menghasilkan permainan sambungan atau versi penambah-baikkan untuk permainan ini.

Walaupun kami menyukai permainan ini semasa ia dikeluarkan 6 tahun dahulu akan tetapi bentuk permainan yang ada mungkin tidak lagi menarik untuk dimainkan sekarang. Oleh disebabkan itu, kami berharap THQ Nordic akan menghasilkan permainan baharu berdasarkan IP tersebut.

Sohor Kini