Capcom hari ini akhirnya melancarkan demo percuma buat permainan Mega Man 11 buat konsol Switch. Menurut mereka, demo bagi Playstation 4 dan Xbox One akan dilancarkan esok pada 8 September.
Melalui demo tersebut, anda berpeluang untuk bertempur dan mengalahkan peringkat Block Man dengan tiga jenis tahap kesukaran buat pemain lama dan juga pemain baru.
Selain itu, Capcom juga menyertakan misi khas buat pemain melalui demo tersebut dimana anda berupaya untuk melakukan aktiviti komuniti dengan berkongsi tagar #BustBlockMan di sosial media setelah anda menewaskan Block Man.
Setiap kali tagar tersebut dikongsi, arca Block Man tersebut akan semakin berkurangan dan setelah ianya hilang, Capcom akan melancarkan kandungan barangan khas buat pemain setelah permainan tersebut dilancarkan.
Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi pandang pertama kami berkenaan permainan ini dan bagi anda yang berminat, anda boleh membacanya di pautan dibawah.
Mega Man 11 akan dilancarkan pada 3 Oktober ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga di PC. Bagi demo permainan, ianya kini boleh dimuat-turun melalui pautan dibawah.
Muat-Turun Switch: Demo Mega Man 11