Bossa Studios sebelum ini berkongsi yang mana mereka akan melancarkan permainan simulasi pakar bedah terkenal mereka, iaitu Surgeon Simulator di konsol Switch, iaitu Surgeon Simulator CPR.

Kini, mereka akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan tersebut, iaitu ianya akan tiba minggu hadapan pada 13 September ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, melalui versi Switch, Bossa Studio menyertakan sebilangan bentuk permainan baru iaitu sokongan untuk bermain secara multi-pemain koperasi. Melaluinya, pemain akan mengawal salah satu daripada lengan yang digunakan untuk membuat pembedahan di dalam permainan tersebut.

Selain itu, versi Switch ini juga akan menyertakan bentuk permainan secara kawalan pergerakkan dengan menggunakan alat kawalan JoyCon.

Surgeon Simulator merupakan permainan simulasi pembedahan yang dilancarkan di PC pada 2013 lepas. Permainan tersebut kemudiannya dilancarkan di peranti iOS, Android dan juga Playstation 4 pada tahun berikutnya. Bagi versi Switch ini, ia bakal tiba minggu hadapan.

Sohor Kini