Skip to main content

The Kuala Lumpur Major merupakan pertandingan Major buat Dota Pro Circuit buat musim 2018/2019. Kejohanan terbesar untuk Dota 2 ini bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 November ini.

Kejohanan ini adalah hasil kerjasama Astro, PGL, Imba TV dan turut disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan. Selain itu Acer Malaysia juga diumumkan sebagai penyedia rasmi monitor dan laptop untuk kejohanan ini.

Setiap pemain semasa kejohanan ini akan menggunakan monitor Acer XF250Q manakala pengulas dan penganalisa akan menggunakan laptop Predator Helios 500 untuk membantu mereka membawa detik-detik perlawanan kepada penonton.

Bagi anda yang ingin menyaksikan acara akhir secara langsung, tiket acara tersebut akan mula dijual pada 1 Oktober ini melalui laman rasmi acara tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan The Kuala Lumpur Major anda boleh membacanya di penulisan kami – Kejohanan Dota 2 The Kuala Lumpur Major Diumumkan – Wang Hadiah Terkumpul Lebih Dari RM4 Juta

Leave a Reply