Informasi Permainan Video Terkini
Sony Berkongsi Gambar Untuk Konsol PlayStation 4 Pro Edisi Terhad Marvel’s Spider-Man

Sony Berkongsi Gambar Untuk Konsol PlayStation 4 Pro Edisi Terhad Marvel’s Spider-Man

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Bersempena pengeluaran permainan Marvel’s Spider-man, Sony juga mengumumkan PlayStation 4 edisi terhad yang hadir sebagai berkas untuk permainan ini. Konsol ini tersedia dengan alat kawalan Dualshock 4 khas dengan rekaan berwarna merah bersama-sama dengan logo Spider-Man.

Jika sebelum ini mereka hanya kongsikan dalam bentuk video dan beberapa gambar, hari ini, mereka berkongsi gambar dengan lebih dekat untuk konsol PlayStation 4 Pro. Berikut adalah beberapa gambar yang dikongsikan, untuk gambar lain anda boleh tengoknya di akaun Flickr PlayStation Blog.

Marvel’s Spider-Man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif dan ia akan dilancarkan pada 7 September 2018 ini. Bagi anda yang berminat, ianya kini boleh dipra-tempah melalui pengedar rasmi Playstation dan kedai atas-talian Playstation Store bermula dengan harga RM199.

Ulasan Marvel’s Spider-Man – Permainan Dunia Terbuka Adiwira Yang Baik


TIPS & ULASAN