Informasi Permainan Video Terkini
Pendapatan Clash Royale Pada Bulan Ogos Mencecah RM6.2 Juta Sehari

Pendapatan Clash Royale Pada Bulan Ogos Mencecah RM6.2 Juta Sehari

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Clash Royale merupakan permainan mudah alih yang dikeluarkan oleh Supercell. Permua ini tidak asing dengan kejayaan mencatat pendapatan yang tinggi. Pada bulan Julai lepas, kami melaporkan selepas 2 tahun dikeluarkan, Clash Royale telah mencatat pendapatan sebanyak RM8 bilion.

Berdasarkan laporan terbaru Sensor Tower, untuk bulan Ogos lepas, permua ini telah mencatat pendapatan secara purata sebanyak $1.5 juta(~RM6.2 juta) sehari. Tambah laporan itu lagi, pendapatan tertinggi adalah pada 7 Ogos iaitu $4 juta (~RM16 juta) pendapatan dicatatkan.

Sebelum ini kami melaporkan Supercell menggunakan sistem pembelajaran mesin untuk meningkatkan pembelian di dalam aplikasi bagi permua ini. Berdasarkan laporan ini, tampaknya sistem tersebut adalah satu kejayaan.


TIPS & ULASAN