Informasi Permainan Video Terkini
Mobile Legends Akan Memperkenalkan Wira Baru Yang Direka Khas Untuk Malaysia

Mobile Legends Akan Memperkenalkan Wira Baru Yang Direka Khas Untuk Malaysia

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Mobile Legends merupakan salah satu permua 5v5 yang popular dikalangan ramai pemain tempatan. Terkini, pembangunnya mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan watak wira khusus yang direka khas untuk Malaysia.

Mobile Legends Malaysia

Ini bukan kali pertama Mobile Legends melakukan penawaran watak khusus bersempena sesuatu negara. Sebelum ini mereka turut telah memperkenalkan Gatotkaca bersempena populariti permainan berkenaan di Indonesia yang turut hadir dengan penawaran suara berbahasa Indonesia.

Buat masa ini, nama watak wira ini masih tidak diketahui lagi. Adakah ia adalah Badang, atau pun Hang Tuah seperti didesas-desuskan sebelum ini?


TIPS & ULASAN