Dead Cells merupakan permainan platformer-aksi yang dibangunkan oleh Motion Twin dan sudah dikeluarkan sebagai akses awal di Steam dan pada awal tahun ini. Permainan ini kemudian turut dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch pada 7 Ogos 2018.

Permainan ini telah menerima reaksi yang positif di kalangan pemain dan juga media dan kami sudah semestinya ingin tahu mengenai kejayaan dari segi jualan. Destructoid minggu ini sempat bertanyakan mengenai perkara berikut kepada pihak yang bertanggungjawab memasarkan permainan ini.

Walaupun mereka tidak berkongsi maklumat terperinci mengenai jumlah terjual akan tetapi mereka mengatakan permainan tersebut terjual lebih banyak di Switch berbanding PlayStation 4. Tambah mereka jumlah terjual di Switch, 4 kali lebih banyak berbanding di konsol Sony tersebut.

Bentuk permainan Dead Cells sudah semestinya lebih sesuai untuk konsol Switch yang boleh dimainkan secara mudah alih, namun, jumlah PlayStation 4 di pasaran adalah jauh lebih tinggi berbanding Switch jadi pencapaian ini membuktikan Switch adalah platform yang sesuai untuk permainan indie.

Sohor Kini