Informasi Permainan Video Terkini
[Dikemaskini] Nintendo Direct Ditunda Kerana Gempa Bumi Di Jepun

[Dikemaskini] Nintendo Direct Ditunda Kerana Gempa Bumi Di Jepun

Diterbitkan pada Sep 5, 2018 oleh .

[Kemaskini]

Nintendo hari ini mengumumkan Nintendo Direct yang dijadualkan esok kini ditunda ke satu tarikh dan masa yang akan diumumkan kemudian. Penundaan ini adalah disebabkan gempa bumi yang berlaku di Hokkaido, Jepun.

[Artikel asal]

Nintendo hari ini mengumumkan mereka akan berkongsi Nintendo Direct baharu yang dikatakan selama lebih kurang 35 minit dan akan memfokuskan permainan akan datang untuk konsol 3DS dan Switch.

Selain permainan, kami juga menjangkakan Nintendo akan meluangkan masa untuk menerangkan lebih lanjut mengenai Nintendo Switch Online yang dikatakan akan tiba pada bulan ini.

Bagi anda yang berminat untuk menonton Nintendo Direct, ia akan berlangsung pada 7 September jam 6 pagi waktu Malaysia. Anda boleh menontonnya di laman rasmi Nintendo ataupun melalui saluran Youtube Nintendo dibawah.


TIPS & ULASAN