Dengan kerjasama Astro, PGL dan Imba TV, kejohanan terbesar Dota 2, The Kuala Lumpur Major diumumkan hari ini dimana ianya merupakan pertandingan berstatus Major buat Dota Pro Circuit buat musim 2018/2019.
Kejohanan tersebut disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan yang mana Seianya akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 November ini. Terdapat 16 pasukan antarabangsa akan bertanding untuk merebut wang hadiah terkumpul lebih dari RM4 juta.
Ketika acara pengumuman tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menyatakan bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai kalangan peminat e-sukan terbesar buat Asia Tenggara. Sekaligus dengan minat dan sokongan terhadap industri e-sukan, beliau berharap acara ini dapat membawa lagi arena e-sukan ke peringkat seterusnya seperti hub e-sukan dan fasiliti yang dinyatakan oleh beliau sebelum ini.
Ketua sukan dari Astro, Lee Choong Khay juga menyatakan bahawa mereka sangat berbangga dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan buat acara Dota 2 dimana mereka ingin membawa e-sukan dengan lebih meluas buat peminat di Malaysia. Mereka juga akan menyiarkan acara tersebut secara langsung di saluran eGG Network apabila kejohanan tersebut bermula.
Kejohanan The Kuala Lumpur Major akan bermula pada bulan ini untuk pusingan kelayakan dimana acara akhirnya akan berlangsung pada 16 hingga 18 November ini di Axiata Arena.
Buat masa sekarang, sebarang pengumuman berkenaan pasukan yang akan bertanding akan diumumkan kemudian.
Bagi anda yang ingin menyaksikan acara akhir secara langsung, tiket acara tersebut akan mula dijual pada 1 Oktober ini melalui laman rasmi acara tersebut. Terdapat tiga kategori tiket yang akan dijual dimana ianya dijual secara bersama untuk ketiga-tiga hari iaitu:
- Immortal berharga RM600
- Tempat duduk khas berdekatan dengan pentas
- Beg barangan bernilai RM150
- Berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah
- Lorong utama khas untuk berjumpa bersama pasukan pemain
- Diberi peluang khas untuk membeli kerusi permainan Secret Lab terpakai oleh pasukan pemain yang digunakan ketika di peringkat awal
- Devine berharga RM330
- Duduk bebas di kawasan kedua stadium
- Berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah
- Diberi peluang khas untuk membeli kerusi permainan Secret Lab terpakai oleh pasukan pemain yang digunakan ketika di peringkat awal
- Ancient berharga RM180
- Duduk bebas di kawasan ketiga stadium
Menariknya, jika ada pengguna U-Mobile anda berpeluang untuk membeli tiket acara tersebut bermula 6 September ini di laman rasmi U-Mobile dengan potongan diskaun sebanyak 20%. Pengguna Astro juga berpeluang untuk membuat pembelian tiket lebih awal pada 11 September ini juga bersama diskaun sebanyak 20%.
Manakala bagi pembelian awal untuk tiket acara tersebut, ianya akan mula dijual pada 17 hingga 30 September ini dengan diskaun sebanyak 10%.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan acara kejohanan Dota 2 terbesar di Malaysia pada November ini.