Informasi Permainan Video Terkini
Acara Pelancaran Tengah Malam Marvel’s Spider-Man Oleh Gamers Hideout Bakal Diadakan Esok

Acara Pelancaran Tengah Malam Marvel’s Spider-Man Oleh Gamers Hideout Bakal Diadakan Esok

Diterbitkan pada Sep 5, 2018 oleh .

Bagi anda yang membuat pra-tempahan buat permainan Marvel’s Spider-Man yang bakal dilancarkan hujung minggu, anda mungkin berminat untuk menghadiri acara pelancarannya tengah malam yang bakal berlangsung pada 6 September ini di One Utama, Petaling Jaya bermula jam 10 malam sehingga 1 pagi.

Selain daripada mengambil permainan bagi mereka yang membuat pra-tempahan, Gamers Hideout juga akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti aktiviti bergambar bersama Cosplay Spider-Man.

Selain itu, Gamers Hideout juga akan mengadakan acara Spider-Man PS4 Locky Draw Event yang mana pengujung perlu menyah-kunci tiga pad kunci dan berpeluang untuk memenangi pembesar suara Camino Mini Spider-Man dan fon kepala Sony WH-1000X M2.

Aktiviti tersebut hanya dibuka buat pengujung yang membuat pra-tempahan permainan Marvel’s Spider-Man daripada Gamers Hideout sahaja dan melaluinya, pemain perlu meneka nombor untuk kunci tersebut. Bagi pemain yang berjaya, mereka akan berpeluang untuk memenangi hadiah di atas.

Selain itu, Gamers Hideout akan menyediakan satu kad aktiviti khas yang mana pemain perlu lengkapkan dengan cop. Melaluinya, Gamers Hideout akan menyertakan rantai kunci khas buat 100 pengujung terpantas. Untuk mendapat cop tersebut, pemain perlu:

  1. Mengambil foto bersama Cosplayer Spider-Man
  2. Menyertai Locky Draw
  3. Mempunyai slip kertas pra-tempahan permainan

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai acara tersebut di One Utama esok. Bagi anda yang masih belum pra-tempahan, kami boleh membantu anda untuk membuat keputusan tersebut denganmembaca dan melihat ulasan penuh kami buat permainan Marvel’s Spider-Man di bawah.

Ulasan Marvel’s Spider-Man – Permainan Dunia Terbuka Adiwira Yang Baik


TIPS & ULASAN