Informasi Permainan Video Terkini
Polymega – Konsol Yang Boleh Memainkan Permainan Klasik Dari Katrij Dan Cakera Dengan Rekaan Modular

Polymega – Konsol Yang Boleh Memainkan Permainan Klasik Dari Katrij Dan Cakera Dengan Rekaan Modular

Diterbitkan pada Sep 5, 2018 oleh .

Bagi anda yang masih lagi mempunyai permainan-permainan klasik dari SNES, mahupun konsol Playstation 1, anda mungkin berminat untuk mendapatkan konsol terbaru yang diumumkan baru-baru ini iaitu Polymega.

Polymega merupakan konsol yang mempunyai rekaan modular yang mana ia membenarkan fungsi untuk bermain pelbagai permainan dari bentuk katrij dan juga cakera bersama-sama dengan visual definisi tinggi. Selain itu, melalui konsol tersebut, ianya juga akan mempunyai paparan antaramuka sendiri bersama-sama dengan fungsi untuk memasangkan permainan secara terbina di dalam konsol tersebut.

Apa yang membuat konsol ini menarik adalah, ianya menyokong pelbagai permainan dari pelbagai konsol seperti Sega Saturn, Playstation 1, Neo Geo CD, TurboGrafx-CD dan SEGA CD untuk versi cakera.

Bagi permainan Katrij pula, ianya menyokong NES, SNES, TurboGrafx-16, PC-Engine dan SEGA Mega Drive. Namun bagi bentuk permainan katrij, ianya pula ditukarkan sebahagian konsol tersebut memandangkan ianya memerlukan ruangan yang lebih besar dan rekaan katrij yang berlainann

Sekaligus, dengan bentuk modular ini, ianya memberi peluang untuk pemain bermain pelbagai permainan dari pelbagai konsol. Menariknya, melalui set modular tersebut, ianya juga akan disertakan dengan alat kawalan khas yang direkakan seakan konsol asal.

Bagi anda yang berminat untuk membuat pra-tempahan konsol, ianya boleh dibuat di laman rasmi konsol tersebut dengan harga bermula $249(~RM1032). Menurut Polymega, ianya akan tiba pada awal 2019.

Laman Rasmi: Polymega


TIPS & ULASAN